Dato Henry Harry Serah MRP Lebih RM100,000 Kepada Penerima Di Tasik Biru

ISNIN, 12 APRIL 2021

BAU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep telah menyempurnakan majlis ringkas penyerahan cek peruntukkan Projek Kecil Luar bandar (MRP) di pejabat Pusat Khidmat beliau pada Ahad.

Sejumlah RM110,700 keseluruhan geran itu diperuntukan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan, kelab dan institusi keagamaan di kawasan Tasik Biru.

Antara yang menerima geran itu adalah JKKK Kawasan Tondong, JKKK Kampung Mikaguon, JKKK Kawasan Taiton, Koperasi Jagoi Duyoh Berhad, Jagoi Development Committee, Ahli Jawatankuasa Persatuan Gawai Kampung Jagoi Duyoh, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Kelab Tamya Kampung Skiat Baru, Kelab Sukan dan Rekreasi Kampung Skiat Baru, Kelab Rela Kampung Skiat Baru, Kaum Ibu Kampung Skiat Lama, RELA Kampung Skiat Lama, Kelab Belia Kampung Seberang Buso, RELA Daerah Bau, Biro Wanita Kampung Serikin, Biro Belia Kampung Jagoi Serikin, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Bau, Kelab Sosial dan Rekreasi Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN).

Manakala untuk institusi keagamaan ialah Masjid Darul Iman Daerah Bau, Masjid Darul Ikhsan Kampung Buso, Surau An-Nur Kampung Pangkalan Bau, Surau Baraqah Kampung Seberang Buso, Surau Muqarrabin Ibupejabat Polis Bau, Surau Darul Taqwa Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Surau Darul Muttaqin Taman Mutiara, Surau Nurul Hidayah Kampung Atas Singai, Surau As-Syakirin Kem Puncak Permai dan Legion Of Mary & Catholic Youth Movement Gereja St. Barnabas Kampung Skiat Lama.

Turut hadir semasa majlis, Penghulu Kawasan Melayu Bau Wahab Mainol, Ketua Kaum (KK) Kampung Skiat Baru Lia Jacub, KK Kampung Skiat Lama Mitot Bojing dan KK Mikaguon Sudoh Camle Motel.

-EDISI UKAS

Share

add comment