Jangan Takut Terima Vaksin, Daftar Segera Untuk Lindungi Diri, Lindungi Semua

ISNIN, 12 APRIL 2021

TATAU: Warga pendidik yang berada di Sarawak dan di Daerah Tatau khususnya Digesa untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19. 

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Daerah Tatau/ Sebauh Samri Suhaili berkata hari ini saya telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dan selepas 15 minit tiada rasa apa-apa yang tidak baik. 

“Sila mendaftar di aplikasi MySejahtera dan bersabarlah menerima vaksin COVID-19 ini kerana suntikan vaksin ini memerlukan satu perjalanan yang teratur dan jadual-jadual yang tertentu. 

“Kepada seluruh warga Malaysia, mendaftarlah sebagai penerima vaskin COVID-19 dan jangan takut untuk divaksinasi kerana vaksin ini adalah antara yang terbaik disediakan kerajaan dan dipilih oleh pakar-pakar perubatan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin COVID – 19 Daerah Tatau, Dewan Sukan Tatau pada Sabtu. 

Sementara itu, Nelson Pang Siaw Ming dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tatau melahirkan rasa syukur dan lega kerana disenaraikan dalam kumpulan pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama. 

“Setelah mendapat dos vaksin pertama, saya tidak mengalami apa-apa simptom dan tiada rasa apa-apa cuma ada sikit rasa sakit pada bahagian suntikan,” ujarnya. 

Seramai 12 orang yang terdiri daripada petugas barisan hadapan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) telah  mendapat suntikan vaksin dos pertama pada hari ini. -EDISI UKAS

Share

add comment