MBR Serah Sumbangan 15,000 Pelitup Muka Kepada SABATI

ISNIN, 12 APRIL 2021

KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) telah menerima pemberian sumbangan pelitup muka daripada Multi Brilliance Resources Sdn Bhd (MBR), di pejabatnya pada Isnin.

Sumbangan sebanyak 15,000 pelitup muka itu untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan di negeri ini, termasuk agensi mahupun badan-badan kerajaan menerusi SABATI.

Presiden SABATI, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan MBR melaksanakan usaha murni sedemikian dan berharap agar hubungan kerjasama antara SABATI dan MBR akan berterusan.

Dimaklumkan, pelitup muka 3 lapisan tersebut direka khas dengan elemen perlindungan yang terperinci serta selesa untuk digunakan. -EDISI UKAS

Share
0