ISNIN, 12 APRIL 2021
KUCHING : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang melawat sebuah rumah keluarga miskin di Taman Perumahan Haji Baki pada Ahad.
Rumah tersebut didiami seorang warga tua yang sakit bersama seorang anak, dan empat cucu yang seorang daripadanya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan seorang lagi sakit tenat.
Menurut Lo Khere Chiang yang juga merupakan Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan, kelulusan dana dari Jabatan Kebajikan sebanyak RM350 sebulan tidak mencukupi untuk perbelanjaan seluruh keluarga itu.
Oleh yang demikian, beliau bersama Ketua Masyarakat dan Persatuan Bulan Sabit Merah Bahagian Kuching telah menyumbang bantuan bahan perubatan untuk kecemasan, bahan makanan dan keperluan berupa beras, gula, telur, susu tepung, biskut,bantal, tilam dan pampers kepada mereka.
Turut serta dalam lawatan itu, Penghulu, Sabtuyah Yusuf serta Ketua Kaum Kampung Haji Baki Block B,Baslie Sulaiman. -EDISI UKAS