36 Petugas Barisan Hadapan KKM Dan Bukan KKM Terima Suntikan Vaksin COVID-19

SELASA, 13 APRIL 2021

TATAU: Seramai 36 orang petugas barisan hadapan yang terdiri daripada kalangan petugas barisan hadapan seperti kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kakitangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tatau. 

Proses pemvaksinan kali ini berjalan lancar dan dibantu sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Salah seorang penerima, Penolong Pegawai Tadbir Daerah Tatau Long Jok ketika ditemui berkata, pada awalnya berasa sedikit gemuruh disebabkan keletihan. 

“Walaupun telah melalui suntikan vaksin COVID-19 dos pertama, berasa sedikit gemuruh kerana keletihan. 

“Setelah selesai proses menerima suntikan tersebut perasaan gemuruh telah hilang,” katanya semasa ditemui selepas menerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 di Dewan Sukan Tatau pada Ahad. 

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang belum menerima vaksin COVID-19 supaya jangan berasa takut dan daftar diri menerusi aplikasi MySejahtera, pejabat daerah dan klinik kesihatan berdekatan. -EDISI UKAS