60 Petugas Barisan Hadapan Daerah Tatau Terima Vaksin COVID-19 Dos Kedua

SELASA, 13 APRIL 2021

TATAU: Seramai 60 orang petugas barisan hadapan yang terdiri daripada 18 orang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selebihnya adalah dari kalangan anggota Bomba, Polis, pejabat daerah, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau telah mendapat suntikan vaksin dos kedua pada Sabtu. 

Mereka sebelum ini menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 20 Mac lepas.

Sementara itu, ketika ditemui kebanyakan penerima vaksin melahirkan rasa syukur dan gembira telah melengkapkan pemberian vaksin COVID-19. 

Mereka turut berharap rakyat Malaysia supaya jangan takut untuk menerima vaksin kerana ianya adalah selamat dan tiada apa-apa kesan sampingan. 

Dengan mendaftar dan menerima vaksin akan membantu kerajaan membanteras wabak COVID 19.

Proses pemvaksinan berjalan lancar turut dengan dibantu Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia