Daerah Marudi Berstatus Jingga, Premis Perniagaan Di Pekan Marudi Lengang

SELASA, 13 APRIL 2021

MARUDI: Jika sebelum ini premis-premis perniagaan di Pekan Marudi sibuk dengan aktiviti jual beli, tetapi selepas Daerah Marudi bertukar menjadi status Jingga keadaan itu mula lengang. 

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada pagi Selasa mendapati premis-premis perniagaan di sepanjang Jalan Kapitan Lim Ching Kiat Marudi ditutup dan orang ramai berkurangan. 

Orang ramai yang ditemui menjelaskan mereka hanya keluar rumah untuk menjalankan urusan misalnya mendapatkan urusan di pejabat dan rawatan di Hospital Marudi. 

Sementara itu, peniaga yang ditemui memberitahu kekurangan pembeli menyebabkan perniagaan mereka berkurangan. 

Malah, ada premis yang ditutup kerana pemiliknya bimbang dengan penularan wabak pandemik COVID-19. 

Untuk rekod, Daerah Marudi telah bertukar Zon Hijau kepada Zon Jingga berikutan kes positif sejak 27 Mac lalu. 

Pada sidang media bertarikh 8 April 2021 lalu pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah mengumumkan terdapat kluster baharu di daerah ini yang dikenali sebagai Kluster Jalan Kapitan. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia