SELASA, 13 APRIL 2021
LIMBANG: Penduduk di Kampung Menuang Baru terus menerima bantuan apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang menyerahkan bantuan ke Pusat Operasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Isnin.
Bantuan ini meliputi makanan bayi dan lampin pakai buang.
Sumbangan telah diserahkan Pembantu Pembangunan Masyarakat Amin Aminuddin Bollhasan kepada anggota Agensi Pertahanan Awam (APM) yang bertugas di Pusat Operasi PKPD.
Kampung Menuang Baru dikenakan PKPD selepas penduduknya mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dan memastikan penularan wabak pandemik COVID-19 dapat dibanteras penularannya. -EDISI UKAS