Ketua Menteri Terima Dua Kunjungan Hormat

SELASA, 13 APRIL 2021

KUCHING : Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima dua kunjungan hormat di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya pada Selasa.

Kunjungan pertama adalah daripada Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Sri Adham Baba yang disertai Timbalan Menteri Kesihatan Kesihatan II , Datuk Aaron Ago Dagang, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato Mohd Shafiq Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Chong Chee Kheong.

Kunjungan kedua pula daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia (UNIMAS), Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie berserta rombongan ahli-ahli lembaga UNIMAS.

Kunjungan tersebut bertujuan menyampai dan menyerahkan watikah perlantikan Pro-Canselor UNIMAS kepada Ketua Menteri untuk tempoh tiga tahun mulai 15 Mac 2020 hingga 14 Mac 2023 di bawah peruntukan jadual pertama, Seksyen 8 (1) Perlembagaan, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009 dan 2012). -EDISI UKAS

Share

add comment