Lukanisman Sumbang 6,000 Set Ihya Ramadan Kepada Penduduk Di Parlimen Sibuti

SELASA, 13 APRIL 2021

SIBUTI: Walaupun penularan wabak pandemik COVID-19 di Sarawak masih belum berakhir, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni tetap mengagihkan sumbangan Ihya Ramadan bagi memeriahkan suasana sambutan Ramadan pada tahun ini baru-baru ini.

Sebanyak 6,000 set Ihya Ramadan seperti susu tin, sirap, kurma dan kalendar tahun 2021 telah diagihkan kepada 80 buah kampung di dalam Parlimen Sibuti pada 10 hingga 12 April lepas.

Agihan ini telah dilaksanakan Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Sibuti kepada setiap kampung Melayu dan muslim di dalam Parlimen Sibuti. 

Pada kesempatan itu, Lukanisman dalam pesanannya berharap sambutan Ramadan pada kali ini akan membawa keberkatan kepada semua rakyat di Parlimen Sibuti.

Sepanjang agihan tersebut, Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa menjadi panduan dalam usaha membendung penularan wabak pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment