Naiktaraf Dewan Serbaguna Kampung Batu Kitang Siap Sepenuhnya

SELASA, 13 APRIL 2021

KUCHING: Projek menaik taraf Dewan Serbaguna Kampung Batu Kitang yang menelan kos sebanyak RM100,000 telah siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang berkata, pihak kontraktor telah berjaya menyiapkan projek lebih awal daripada yang dijadualkan.

“Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja kontraktor, MS Suria Enterprise yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak sebagai agensi pelaksana kerana berjaya melengkapkan projek dalam masa lima bulan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Penyerahan Projek Menaiktaraf Dewan Serbaguna Kampung Batu Kitang pada Isnin.

Khere Chiang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan telah membuat pemeriksaan yang terakhir ke atas projek tersebut bersama dengan Pegawai JKR Negeri Sarawak.

Beliau berharap penduduk kampung dapat menjaga dewan serbaguna tersebut untuk manfaat bersama.-EDISI UKAS

Share

add comment