Program Derma Darah Anjuran SABERKAS DUN Lambir Dan PBSM Cabang Miri Dapat Sambutan

SELASA, 13 APRIL 2021

LAMBIR: Kempen Derma Darah anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) DUN Lambir dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri telah mendapat sambutan baik daripada kalangan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir pada Ahad. 

Seramai 74 orang telah mendaftar sebagai penderma darah dan daripada jumlah tersebut 64 orang berjaya menderma darah termasuk beberapa penderma baru. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat turut menderma darah dan seterusnya merasmikan Kempen Derma Darah SABERKAS DUN Lambir. 

Pada majlis itu, beliau telah menaja beras 5 kilo, makanan dan minuman kepada mana-mana penderma yang berjaya menderma darah. 

Dalam pada itu, Ripin turut mengalu-alukan lebih ramai masyarakat di DUN Lambir untuk tampil dan menderma darah supaya Tabung Darah sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi. -EDISI UKAS

Share

add comment