Ripin Setuju Dewan Serbaguna PRP Sungai Rait Dinaik Taraf

SELASA, 13 APRIL 2021

LAMBIR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat setuju untuk menaik taraf Dewan Serbaguna PRP Sungai Rait.

Beliau meminta jawatankuasa Dewan Serbaguna PRP Sungai Rait untuk melihat keperluan dalam naik taraf dewan tersebut.

Beliau berkata demikian semasa berucap selepas merasmikan dewan tersebut pada Sabtu. 

Pada perasmian itu, hanya 20 orang sahaja dibenarkan hadir bagi menjayakan program yang ringkas itu untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pandemik COVID-19.- EDISI UKAS

Share

add comment