Rumah Winston Mupit, Sungai Besai Asal Terima Bantuan Makanan

SELASA, 13 APRIL 2021

SRI AMAN: Sebanyak 30 pintu Rumah Winston Mupit, Sungai Besai menerima bekalan makanan yang telah dihantar oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat pada Rabu lepas.

Manakala bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang akan disalurkan dalam masa yang terdekat.

Rumah Winston Mupit dikenakan sekatan pergerakan (lockdown) selama dua minggu bermula dari 5 hingga 19 April 2021 susulan empat penduduknya dikesan positif COVID-19 dan telah diasingkan di pusat kuarantin. -EDISI UKAS

Share

add comment