Seramai 599 Warga Pendidik Di Daerah Bau Dijangka Terima Vaksin COVID-19

SELASA, 13 APRIL 2021

BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep telah meninjau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Bau di Dewan Akademi Bomba dan Penyelamat Bau.

Program anjuran Pejabat kesihatan Daerah Bau yang dijalankan selama dua hari itu bermula pada Selasa adalah khusus untuk warga pendidik di daerah itu bagi pengambilan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Sinovac.

Seramai 599 guru dari 40 buah sekolah rendah dan empat sekolah menengah di daerah itu akan menerima suntikan vaksin tersebut berdasarkan senarai nama yang telah diberikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Bau.

Sementara itu, pada Isnin ADUN Serembu, Miro Simuh turut menyumbang dua set komputer riba bagi kegunaan kakitangan kesihatan dalam program imunisasi berkenaan.

Turut hadir adalah Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam. -EDISI UKAS

Share

add comment