Surau Baharu Bakal Dibina Di Kampung Sangki Melayu

SELASA, 13 APRIL 2021

SEBUYAU: Penduduk Kampung Sangki Melayu di Sebuyau bakal mendapat surau baharu menerusi pelaksanaan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021.

Semasa melawat tapak projek pada Isnin, Menteri Muda Infrastuktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, projek itu menelan kos sebanyak RM300, 000.

Beliau berharap penduduk kampung memberi kerjasama yang baik kepada kontrektor yang bertanggungjawab melaksanakan projek.

Lawatan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau turut meninjau perkembangan projek menaiktaraf Masjid Baharu Sebuyau.

Projek yang juga dilaksana menerusi RTP itu kini sedang dijalankan merangkumi kerja-kerja menukar atap masjid.

Turut diadakan simbolik penyampaian bantuan tong penyembur racun kepada 73 penerima daripada Unit Peladang Kampung Masjid Sebuyau.-EDISI UKAS

Share

add comment