Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang Serah 124 Bungkus Makanan Kepada Kampung Menuang Baru

SELASA, 13 APRIL 2021

LIMBANG: Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang telah menghulurkan 124 bantuan makanan kepada penduduk di Kampung Menuang Baru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Isnin. 

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban penduduk dan memastikan keperluan makanan tidak putus sepanjang PKPD dilaksanakan di kampung itu. 

Turut sama menyampaikan sumbangan bantuan makanan ialah Ketua Masyarakat Iban Limbang daripada Gerempung Tuai-tuai Rumah Iban (GETTIL) Limbang Temenggong Willie Marum Liau dan Tuai Rumah Babai Manchu. -EDISI UKAS

Share

add comment