1,700 Penduduk Kampung Serpan Laut Terima Sumbangan Barangan Asas

RABU, 14 APRIL 2021

ASAJAYA: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyerahkan sumbangan kepada kira-kira 1,7000 orang penduduk Kampung Serpan Laut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu telah menyerahkan sumbangan barangan asas kepada para penduduk di 308 buah rumah di kampung berkenaan.

Menurutnya, sumbangan tersebut adalah bagi meringankan beban penduduk Kampung Serpan Laut yang terjejas akibat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang telah ditamatkan semalam.

“Saya berharap sumbangan ini juga dapat meringankan sedikit beban terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.

“Pada masa sama, saya menzahirkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya barisan hadapan yang telah bertungkus lumus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Serpan Laut,” katanya semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Barangan Asas Kampung Serpan Laut.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan supaya penduduk daerah Asajaya supaya sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang bulan Ramadan.

“Langkah-langkah pencegahan semasa menjalankan aktiviti keagamaan seperti solat terawih dan sebagainya sangat penting bagi membendung penularan COVID-19,” katanya.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Pegawai Daerah Asajaya, Rais Ahmat. -EDISI UKAS

Share

add comment