ADUN Lingga Serah Sumbangan Kepada SK Gran Stumbin

RABU, 14 APRIL 2021

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri telah menyumbang kit alat tulis dan pelindung muka kepada 236 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Gran Stumbin di sini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh beliau kepada Guru Besar SK Gran Stumbin di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lingga pada Selasa.

Turut disampaikan, peruntukan sebanyak RM10,000 untuk pelaksanaan aktiviti sekolah.

Dalam majlis itu, Simoi berharap agar dengan sumbangan kit tersebut dapat mengurangkan beban ibu bapa dan pihak sekolah serta menyarankan agar para guru memanfaatkan geran yang diberikan dengan sebaiknya. – EDISI UKAS

Share

add comment