Isteri Mantan TYT Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah Meninggal Dunia

RABU, 14 APRIL 2021

KUCHING: Isteri mantan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah @ Rokiah Bagong disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada Rabu.

Allahyarhamah Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah, berusia 72 tahun disahkan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.02 tengah hari kerana komplikasi selepas mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak pada 3 April lalu.

Allahyarhamah dilahirkan pada 19 September 1949 dan mendirikan rumah tangga bersama Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Sallahuddin Abang Barieng pada tahun 1996.

Allahyarhamah mempunyai lima orang anak dan seorang cucu dan pernah bekerja di Perpustakaan Negeri Sarawak.

Jenazah Allahyarhamah Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada jam 5.00 petang tadi. -EDISI UKAS

Share

add comment