JKKK Rh Tuggang Adakan Program Pemerkasaan Komuniti Cegah Penularan COVID-19

RABU, 14 APRIL 2021

SELANGAU: Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Tunggang telah mengadakan Program Pemerkasaan Komuniti yang bertujuan mengekang penularan COVID-19.

Pengerusinya Tuai Rumah Tuggang Beji berkata, ini merupakan aktiviti di peringkat komuniti di rumah panjang bagi usaha mengekang penularan wabak pandemik COVID-19. 

“Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah menjalankan sanitasi di seluruh pintu di rumah panjang.

“Memperkasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti mengamalkan jarak sosial, memeriksa suhu dan kerap membasuh tangan.

“Turut diedarkan, risalah berkaitan dengan SOP COVID-19 juga dipamerkan di ruai tuai rumah untuk memberi kesedaran dan maklumat kepada penduduk,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Pemerkasaan Komuniti pada Rabu. 

Setiap aktiviti ini telahpun dilaporkan kepada Pejabat Daerah Selangau untuk makluman seperti yang diarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak. 

Tambah Tuai Rumah Tuggang lagi, pada masa ini orang luar tidak dibenarkan masuk ke rumah panjang dan tidak menjalankan sebarang aktiviti sosial yang boleh mengundang kepada penularan COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment