JKM Bahagian Miri Agih 181 Pek Makanan Kepada Penduduk Rumah Alias Bon, Sungai Manong NIah

RABU, 14 APRIL 2021

SUBIS: Sebanyak 181 pek bantuan makanan diagihkan kepada penghuni Rumah Alias Bon, Sungai Manong Niah baru-baru ini. 

Ini susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan ke atas rumah panjang tersebut disebabkan mempunyai kes positif COVID-19. 

Bantuan ini akan membantu meringankan beban penduduk yang tidak dapat keluar bekerja dan membeli barangan keperluan mereka akibat perintah sekatan pergerakan. -EDISI UKAS

Share

add comment