Kerajaan Beri Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 Sarawak Mencukupi

RABU, 14 APRIL 2021

KUCHING: Kerajaan memberi jaminan kepada Sarawak akan mendapat bekalan vaksin COVID-19 secukupnya untuk menyelesaikan program vaksininasi pada penghujung Ogos ini.

Ia dinyatakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan khairy Jamaluddin semasa menerima kunjungan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabatnya, Putraja pada Isnin.

Datuk Amar Douglas Uggah berkata, jaminan Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu memudahkan rancangan Sarawak menyelesaikan program imunisasi yang mensasarkan diberi kepada sekitar 2.2 juta penduduknya termasuk bukan warga negara.

Tambah beliau juga, kerajaan pusat juga telah mengiktiraf dan menghargai program imunisasi negeri.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba dan timbalannya, Datuk Aaron Dagang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Amar Douglas Uggah di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, pada Selasa.

Antara lain tujuan kunjungan hormat adalah untuK memberi penerangan mengenai usaha kementerian termasuk membantu negeri Sarawak menangani peningkatan kes postif COVID-19. -EDISI UKAS