Ketua Menteri Sarawak Ziarah Jenazah Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah

RABU, 14 APRIL 2021

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang petang tadi menziarahi jenazah Allahyarhamah Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah @ Rokiah Bagong, isteri mantan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abang Mohammad Salahuddin Abang Bareng yang disahkan meninggal dunia pada tengah hari Rabu.

Allahyarhamah Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah, berusia 72 tahun disahkan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.02 tengah hari.

Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada jam 5 petang tadi.

Turut mengunjungi kediaman mantan TYT Sarawak adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. -EDISI UKAS

Share

add comment