Pasar Ikan Miri Mula Beroperasi Pada 15 April Ini

RABU, 14 APRIL 2021

MIRI: Pasar Ikan Miri yang terletak di Jalan Bendahara belakang Hotel Pullman akan mula dibuka pada Khamis, 15 April 2021.

Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam kenyataan media pada Rabu berkata, orang awam dari Bandaraya Miri boleh datang  ke Pasar Ikan Miri dengan menggunakan Jalan Marina Utama dan melalui Pusat Komersial Miri Waterfront.

Pasar Ikan Miri yang baru ini lebih kondusif untuk peniaga dan pelanggan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk tandas awam, kawasan memuat dan memunggah barang serta tempat letak kenderaan.

Pasar baru ini boleh memuat 60 gerai menjual ikan, dua gerai ayam hidup dan tiga gerai ayam. -EDISI UKAS