Perintah Kawalan Penuh Pergerakan Dikuatkuasakan Di Rumah Meikle Ding Untuk Pengesanan Aktif COVID-19

RABU, 14 APRIL 2021

SEBAUH: Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu telah mengenal pasti terdapat kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ke atas penduduk di Rumah Meikle Ding, Sebauh pada Isnin.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBB) Bintulu telah memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Penuh Pergerakan berkuatkuasa serta merta untuk tempoh 14 hari bermula dari 12 hingga 25 April 2021.

Ini bagi membolehkan pengesanan aktif dilakukan ke atas semua penghuni rumah panjang tersebut. 

Untuk itu, Ibu Pejabat Polis Bintulu telah mengadakan sekatan bagi membolehkan tiada penghuni yang keluar dan membolehkan Pejabat Kesihatan Bintulu membuat ujian pengesanan aktif COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment