PKRC Kedua Mukah Dibuka Di Dewan Politeknik

RABU, 14 APRIL 2021

MUKAH: Bahagian Mukah telah melakukan persediaan bagi menghadapi peningkatan jumlah kes positif COVID-19.

Usaha itu dilakukan dengan menyediakan Dewan Politeknik Mukah sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

PKRC yang kedua selepas PKRC Kem Belia ini dijangka dapat menampung sebanyak 300 pesakit dalam satu-satu masa.

Sementara itu, Residen Bahagian Mukah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Bahagian (JPBB) Mukah, Hamdiah Bakir telah melakukan tinjauan ke PRKC itu pada Selasa.-EDISI UKAS

Share

add comment