Rumah Enjan Gos Kini Miliki Kemudahan Internet

RABU, 14 APRIL 2021

TATAU: Penduduk Rumah Enjan Gos, Nanga Biban, Tatau kini boleh menarik nafas lega apabila kemudahan internet telah dipasang menerusi Projek Wifi Saluran. 

Projek ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak menerusi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA). 

Dalam pada itu, Tuai Rumah Enjan anak Gos mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah menyediakan kemudahan internet di rumah panjang ini.

“Sebelum ini, anak dan cucu kami yang masih belajar terpaksa untuk ke Pekan Tatau untuk mendapatkan kemudahan Internet. 

“Projek Wifi Saluran ini amat membantu penduduk khususnya pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka,” katanya ketika ditemui pada Selasa.

Kesempatan itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada  Menteri Mua (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai yang turut terlibat dalam memastikan pelaksanaan  Projek Wifi Saluran ini. -EDISI UKAS

Share

add comment