223 Orang Di DUN Tanjong Datu Terima Surat Hak Milik Tanah

KHAMIS, 15 APRIL 2021

LUNDU: Seramai 223 orang penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menerima surat hak milik tanah pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu memberitahu, kerajaan Sarawak merupakan satu-satunya kerajaan yang mengiktiraf pengukuran tanah hak adat bumiputera (NCR) melalui pelbagai usaha.

Jelas beliau, inisiatif tersebut adalah untuk  mengiktiraf tanah NCR komuniti bumiputera Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Kawasan DUN Tanjong Datu di Dewan Mahligai Gading Lundu pada Khamis.

Dalam majlis itu, sebanyak tiga buah kampung dalam kawasan DUN Tanjong Datu telah menerima Warta Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri iaitu Kampung Rayu Iban, Kampung Rayu Melayu, dan Kampung Sungai Limo.

Manakala, tiga buah kampung lagi telah menerima secara simbolik surat hak milik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri iaitu Kampung Pueh, Kampung Siru Dayak dan Kampung Siru Melayu.

Turut dimaklumkan, pewartaan Rizab Komunal (Pertanian) merangkumi komuniti Iban di Kampung Rayu Iban dan Kampung Sungai Limo serta komuniti Melayu di Kampung Rayu Melayu dengan jumlah keseluruhan tanah yang diwartakan adalah 830 ekar.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia