Lima Sekolah Di Lingga Terima Bantuan Alat Tulis, Pelindung Muka & Geran PIBG

KHAMIS, 15 APRIL 2021

LINGGA: Sebanyak lima buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga menerima bantuan berupa alat tulis dan pelindung muka serta geran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri telah menyerahkan sumbangan tersebut di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lingga, Sri Aman pada Rabu yang dilakukan secara bergilir memandangkan wabak COVID-19 masih tinggi di Sarawak.

Antara sekolah yang menerima sumbangan tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Pahlawan Lingga, SK Pulau Seduku Lingga, SK St. Dunstan Seduku, SJK (C) Chung Hua Lingga dan SK Sembayang Tanjung Bijat.

Sementara itu menurut Simoi, sumbangan alat tulis dan pelindung muka tersebut merupakan inisiatif Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Lingga untuk murid-murid dari peringkat pra hingga tahun enam.

“Sumbangan ini adalah bagi meningkatkan lagi motivasi murid-murid dari peringkat Pra hingga Tahun Enam untuk ke sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, sumbangan geran dengan jumlah keseluruhan RM23,500 turut disampaikan kepada PIBG di sekolah-sekolah tersebut untuk membantu melaksanakan aktiviti tahunan di sekolah masing- masing.-EDISI UKAS

Share

add comment