Operasi Pemindahan 73 Penghuni Rumah Alias Bon Ke Hospital Miri Berjalan Lancar

KHAMIS, 15 APRIL 2021

SUBIS: Seramai 73 orang penghuni Rumah Alias Bon yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 telah dibawa ke Hospital Miri pada Rabu. 

Operasi pemindahan ini diketuai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibantu Pejabat Daerah Subis, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Miri, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Terdahulu, Rumah Alias Bon, Sungai Manong Niah, Daerah Subis telah dikenakan arahan sekatan pergerakan berkuatkuasa untuk tempoh 14 hari iaitu bermula dari tarikh 8 sehingga 21 April 2021. -EDISI UKAS

Share
0