Pembinaan Kalbat Dan Jambatan Konkrit Siap, Permudahkan Urusan Penduduk Kampung Pengkalan Lutong Ziarah Kubur

KHAMIS, 15 APRIL 2021

MIRI: Pembinaan Kalbat dan Jambatan Konkrit ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Lutong yang telah siap memudahkan penduduk kampung khususnya umat Islam menziarahi kubur di kampung tersebut. 

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin, projek ini merupakan sebahagian daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Senadin yang berjumlah RM100,000 dan diselia Majlis Bandaraya Miri (MBM). 

“Kerja-kerja ini merangkumi pembinaan sebuah kalbat dan jambatan konkrit jalan masuk bagi menggantikan sebahagian besar jambatan kayu lama yang telah usang.

“Projek ini mula dilaksanakan pada 11 Januari lepas dan siap pada 10 Mac 2021,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke projek tersebut pada Khamis yang kini telahpun digunakan penduduk. 

Dalam perkembangan sama, Datuk Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Miri membersihkan tumbuhan air di permukaan sungai itu bagi memastikan pengaliran aliran sungai adalah deras untuk mencegah banjir kilat daripada berlaku.

Hadir sama Ketua Kaum Ali Mat dan Jurutera MBM. -EDISI UKAS.

Share

add comment