Penghuni Rumah Merikan Lobang Kompeni Terima Bantuan Makanan

KHAMIS, 15 APRIL 2021 

MARUDI: Penghuni Rumah Merikan Lobang Kompeni menarik nafas lega apabila menerima bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marudi pada Rabu. 

Bantuan makanan ini susulan daripada rumah tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula 13 hingga 26 April 2021. 

Mereka menerima bantuan makanan yang terdiri daripada 45 pek makanan asas, 4 bungkus lampin pakai buang dan susu kanak-kanak. -EDISI UKAS