Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik Untuk Dibeli Dan Dikitar Semula

KHAMIS, 15 APRIL 2021

KUCHING : Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) sempena sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021 akan diadakan pada 17 April 2021 dan 18 April 2021 (Sabtu dan Ahad) bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, bertempat di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Kempen anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dengan kerjasama MBKS ini bertujuan memperoleh kembali bahan berfaedah serta sumber bernilai yang mampu menyumbang kepada pembangunan lestari dan kemajuan alam sekitar.

Ini kerana, BBE yang tidak dikendalikan dengan baik boleh menyebabkan masalah kesihatan dan pencemaran yang serius kerana mengandungi beberapa bahan pencemar/logam berat seperti plumbum,kadmium, berillium, dan brominated flame retardants’.

Oleh yang demikian, orang awam boleh membawa buangan elektrikal dan elektronik terpakai atau rosak, dan pihak kontraktor yang berlesen dengan JAS akan membeli barangan tersebut dengan harga yang ditetapkan bagi tujuan pulih guna (recovery) dan kitar semula. -EDISI UKAS

Share

add comment