Serah Sumbangan Di Batu Kitang Menerusi ‘Program Sayang Googy Bag’

KHAMIS, 15 APRIL 2021

KUCHING : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang telah menyerahkan sumbangan berupa makanan asas daripada penderma dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) kepada golongan memerlukan di kawasan Batu Kitang, menerusi ‘Program Sayang Googy Bag’, pada Selasa.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan mengakui terdapat banyak penduduk di kawasan berkenaan yang miskin, berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan.

Untuk itu, sumbangan sebanyak 200 bag beras (10kg), 200 kotak biskut, 120 bungkus beras (10kg) dan 50 bungkus beras (5kg) akan diagihkan oleh Persatuan Penggerak Kemajuan Kota Padawan dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Kecil Batu Tiga secara berperingkat di kawasan itu.

Turut serta, Pengerusi Persatuan Penggerak Kemajuan Kota Padawan, Albert Lee Joon Hee dan Ketua Pemuda Pengerakan Parti SUPP cawangan kecil Batu Tiga,Gerak Goh. -EDISI UKAS

Share

add comment