Solat Tarawih Hiasi Ramadan Di Kampung Tebelu Tahun Ini

KHAMIS, 15 APRIL 2021

SEBUYAU: Kebenaran melaksanakan ibadah solat tarawih dalam keadaan dunia sedang menghadapi pandemik COVID-19 ini mengembalikan suasana Ramadan yang tidak dapat dirasai tahun lalu.

Pengerusi Surau Darul Iman berkata, jumlah jemaah adalah berdasarkan kapasiti ruang solat dengan kawalan pihak surau agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Semua jemaah yang hadir mematuhi SOP dengan mengambil bacaan suhu badan serta merekod nama dan memakai pelitup muka,” katanya ketika ditemui UKAS.

Pihak jawatankuasa surau juga katanya, sentiasa mematuhi dan akur dengan arahan agar solat tarawih dilaksanakan lapan rakaat sehingga jam 10 malam seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).-EDISI UKAS

Share

add comment