ADUN Jepak Beri Sumbangan Buah Kurma Kepada Masjid Dan Surau Sempena Bulan Ramadan

JUMAAT, 16 APRIL 2021

BINTULU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) yang juga merupakan AHli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip memberikan sumbangan kepada masjid dan surau sempena bulan Ramadan. 

Sumbangan telah disampaikan wakil Pusat Khidmat DUN Jepak yang juga Ketua Pemuda PBB DUN Jepak Jefferi Johari pada Khamis.  

Sebanyak lapan buah masjid dan 10 surau di kawasan DUN Jepak menerima sumbangan buah kurma antaranya Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu, Masjid Daerah Bintulu, Masjid At Taqwa RPR Sibiew, Masjid Darul Makmur Kampung Jepak, Masjid Darussalam Kampung Baru, Masjid Darul Yakin Kampung Kuala Segan, Masjid Al Istiqbal PPR Bandaria Park dan Masjid Al Amin Kampung Kuala Tatau.

Turut menerima Surau Farul Taqwa Kampung Sebiew, Surau Darul Ihsan Kampung Baru Laut, Surau Darul Aman Kampung Kemunting, Surau Darussyakirin Kampung Assyakirin, Surau Darul Iman Kampung Sebuan Kecil Jepak, Surau Darul Dakwah KampungHulu Jepak, Surau Warisan Jepak, Surau Al Rosyidin Marine Jepak, Surau Nur Iman Kampung Seberang Tatau dan Surau Darul Taqwa Kampung Hilir Kuala Tatau.

Hadir sama wakil Pusat Khidmat DUN Jepak Mohammad Asraf dan Katong Jili. -EDISI UKAS

Share

add comment