Datuk Roland Turun Padang Lawat Kebun Para Petani Di DUN Tarat

JUMAAT, 16 APRIL 2021

SERIAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn meneruskan siri lawatan beliau ke kebun-kebun para petani di Kampung Pulau Kandis dan Kampung Baru Mawang pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat berkata, seperti lawatan sebelum ini para petani diberikan tunjuk ajar dan nasihat oleh pegawai pertanian mengenai penjagaan tanaman di kebun mereka
Jelasnya, pegawai yang berkenaan turut menerangkan bantuan pertanian yang boleh dipohon oleh para petani.

“Antara hasil tani yang diusahakan oleh pekebun yang dilawat pada hari ini (Khamis) adalah pisang, jagung, nenas, sayur dan ternakan burung walit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar para petani menggunakan bantuan dan peluang yang disediakan kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Sarawak dalam meningkatkan produktiviti dan pengeluaran. -EDISI UKAS

Share

add comment