JPBD Tatau Serah Bantuan Minuman, Hargai Sumbangan Bomba Dan Polis

JUMAAT, 16 APRIL 2021

TATAU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tatau menyampaikan sumbangan berupa air mineral dan 100 Plus kepada petugas barisan hadapan yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tatau dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Daerah Tatau pada Khamis. 

Sumbangan telah disampaikan Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong kepada Ketua Balai Bomba JPBM Daerah Tatau Jankey Jikat di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau dan Ketua Balai Polis Tatau Sarjan Zaidi Selamat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Tatau. 

Menurut Calvin, sumbangan ini bertujuan menghargai sumbangan pihak bomba dan polis yang banyak memainkan peranan penting dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 di Daerah Tatau termasuk menghantar makanan, banjir, sanitasi awam dan sekatan jalan raya. -EDISI UKAS

Share

add comment