Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-61 Ditangguhkan

JUMAAT, 16 APRIL 2021

KUCHING: Pejabat Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dalam kenyataan media pada Jumaat menangguhkan penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-61.

Katanya, Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Kali Ke-61 yang akan diadakan pada Sabtu hingga Isnin, 17 hingga 19 April 2021 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. 

Perkara ini diputuskan dengan mengambil nasihat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan perkembangan terkini penularan jangkitan COVID-19 di negeri ini. -EDISI UKAS

Share

add comment