Pastikan Pembinaan Dewan Serbaguna Taman Jelita Disiapkan Mengikut Tempoh Dan Spesifikasi Ditetapkan – Ripin

JUMAAT, 16 APRIL 2021

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat meminta kontraktor Majlis Bandaraya Miri (MBM) supaya dapat menyiapkan Dewan Serbaguna Taman Jelita, Miri seperti yang dijadualkan dan memastikan kualiti pembinaannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 

Katanya, selepas mengadakan lawatan tapak Dewan Serbaguna Taman Jelita, Miri pada Khamis.

Pembinaan Dewan Serbaguna Taman Jelita telah diluluskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg semasa lawatannya ke Taman Tunku, Miri ini pada tahun yang lepas.

Kos pembinaannya berjumlah RM6 juta merangkumi padang bola sepak, padang futsal, gimnasium dan pondik polis.

Fasa pertama pembinaan Dewan Serbaguna Taman Jelita  di bawah MBM yang akan dimulakan pada 15 April 2021 dan dijangka siap pada 16 Ogos 2021.

Apabila siap kelak, Dewan Serbaguna Taman Jelita ini akan menjadi salah satu tempat riadah atau sukan termoden kepada para penghuni khususnya belia untuk menjalankan aktivit-aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan itu. -EDISI UKAS

Share

add comment