Pembinaan Sistem Perparitan Di Kampung Senadin Jaya Atasi Masalah Banjir Kilat

JUMAAT, 16 APRIL 2021

MIRI: Kerja-kerja pembinaan sistem perparitan di Kampung Senadin Jaya dijangka akan menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku apabila hujan lebat.

Menurut Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Chia Kar Furng, sebanyak RM200,000 telah diperuntukan bagi mengadakan sistem perparitan ini. 

“Ini merupakan sebahagian daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Piasau yang dikhususkan untuk Kampung Senadin Jaya.

“Projek Pembinaan Sistem perparitan sepanjang 240 meter baru sahaja bermula dan menerusi pelaksanannya akan dapat menyelesaikan isu banjir kilat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek di Kampung Senadin Jaya pada Khamis. 

Hadir sama Ahli Majlis Bandaraya Miri (MBM) Kauselor Leslie Lau, Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Awang dan Ketua Kaum Senadin Jaya Raamah Hamdani. -EDISI UKAS

Share

add comment