Pemilik Premis Sekitar Pekan Sebuyau Patuh SOP Ditetapkan

JUMAAT, 16 APRIL 2021

SEBUYAU: Pasukan polis dan Rela Sebuyau telah melakukan memantau pematuhan  prosedur operasi standard (SOP) di pekan Sebuyau pada Jumaat.

Tinjauan itu diadakan bagi memberi pendedahan mengenai SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada peniaga dan komuniti di Sebuyau dan bagi memastikan komuniti lebih fokus kepada tahap pematuhan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hasil daripada pemantauan yang dilakukan mendapati keadaan di kawasan tersebut adalah terkawal dan hampir semua pemilik premis yang diperiksa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Dalam pada itu, terdapat juga premis yang sudah menggunakan kod QR untuk memastikan pelanggan mengisi butir-butir peribadi sebelum memasuki premis perniagaan sebagai inisiatif pengesanan kontak jika terjadi sesuatu.-EDISI UKAS

Share

add comment