JUMAAT, 16 APRIL 2021
SRI AMAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman telah menghantar bantuan kepada penduduk Rumah Panjang Buma Lembu, Entalun Skrang pada Jumaat.
Seramai 32 orang penghuni rumah panjang tersebut dikenakan sekatan pergerakan (lockdown) dan dikuarantin mulai 15 hingga 28 April 2021.
Justeru itu, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengawasi segala pergerakan mereka bagi mengekang penularan COVID-19. –EDISI UKAS