Seorang Pelajar SMK Limbang Positif COVID-19, Sekolah Disanitasi

JUMAAT, 16 APRIL 2021

LIMBANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bahagian Limbang telah melakukan sanitasi awam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang selepas seorang pelajarnya positif COVID-19 pada Khamis. 

Menurut Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Matzinan Wahit, mereka telah memohon JBPM Bahagian Limbang untuk membuat sanitasi sekolah tersebut bagi mengekang wabak pandemik Covid19 dari merebak dan untuk menjaga keselamatan apabila ianya murid-murid serta guru-guru kembali bertugas apabila tempoh kuarantin tamat.

JBPM Bahagian Limbang dengan kekuatan lima orang anggota telah menjalankan sanitasi di seluruh kawasan SMK Limbang.

Dalam pada itu, enam orang guru dan beberapa orang pelajar yang mempunyai kontak rapat kepada pelajar tersebut telah diarahkan menjalani kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari.

Mereka menjalani ujian calitan COVID-19 pada hari pertama dan hari kesepuluh bagi memastikan mereka ini negatif atau positif. -EDISI UKAS

Share

add comment