62 Keluarga Di DUN Pantai Damai Yang Dikuarantin Terima Bantuan Makanan

SABTU, 17 APRIL 2021

KUCHING: Sebanyak 62 buah keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai yang diarahkan untuk menjalani kuarantin menerima bantuan makanan asas.

Sumbangan dihantar melalui Jawatankuasa PBB Ranting pada Khamis di beberapa buah kampung yang terlibat iaitu Kampung Pasir Pandak (43 keluarga), Kampung Buntal (6 keluarga), Kampung Buntal (6 keluarga), Kampung Bintawa Hilir (3 keluarga), Taman Sri Maya (3 keluarga) dan Kampung Bintawa Batu (1 Keluarga).

Bantuan tersebut diharap dapat meringankan sedikit beban penduduk yang terlibat dalam kuarantin.

Dalam pada itu, penduduk kampung yang terlibat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri merangkap ADUN Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan kakitangan Pusat Khidmat Pantai Damai atas sumbangan itu.-EDISI UKAS

Share

add comment