Awah Gawai Di Kampung Daha Seroban Kini Siap 99 Peratus

SABTU, 17 APRIL 2021

TEBEDU: Penduduk Kampung Daha Seroban bakal menikmati Awah Gawai Baharu penghujung April ini.

Menurut Ketua Kaumnya, Stanny Karim setakat ini kerja naik taraf Awah Gawai tersebut sudah siap 99 peratus.

Projek yang memakan belanja sekitar RM150,000 itu merupakan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) melalui Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Datuk Amar Michael Manyin Jawong. -EDISI UKAS

Share

add comment