Gotong-Royong Budaya Contoh Dalam Masyarakat Pelbagai Kaum

SABTU, 17 APRIL 2021

BA’KELALAN: Jadikan gotong-royong sebagai budaya contoh yang baik dalam  masyarakat yang pelbagai kaum khususnya di Sarawak. 

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II Dato Henry Sum Agong berkata, amalan ini pastinya menjurus kepada kefahaman yang baik di antara satu sama yang lain.  

“Terima kasih kepada Exco Pemuda PBB Ba’kelalan kerana telah mengadakan program gotong royong sekali lagi di Kampung Ahmad Takung dan majlis berbuka puasa pada petang ini (Khamis).

“Dengan adanya program sebegini akan mengeratkan lagi perpaduan dan kerjasama pelbagai kaum di kawasan ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat ‘Kerja Gotong-Royong dan Berbuka Puasa di Surau Kampung Ahmad Takung pada Khamis. 

Dalam perkembangan sama, Dato Henry yang juga Ahli Parlimen Lawas kecewa apabila peruntukan yang diluluskannya pada tahun lepas bagi projek menaik taraf jalan masuk ke Kampung Ahmad Takung ini masih belum dilaksanakan. 

“Saya akan merujuk kembali perkara ini kepada agensi terlibat bagi mendapatkan maklumat berkenaan sebenar projek ini belum dilaksanakan,” ujarnya. 

Hadir sama Ketua Kaum Kampung Ahmad Takung Daim Ahmad dan Exco Pemuda PBB Ba’kelalan. -EDISI UKAS

Share

add comment