JKR Sri Aman Serah Kanvas Tangani Kejadian Tanah Runtuh Di Rumah Ngindang Nanga Delok Ulu

SABTU, 17 APRIL 2021

LUBOK ANTU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman telah mengambil tindakan awal menangani kejadian tanah runtuh di kawasan Rumah Ngindang, Nanga Delok Ulu, Lubok Antu dengan mengagihkan kanvas kepasa Tuai Rumah Nyindang dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kanvas tersebut digunakan untuk menutup permukaan tanah yang runtuh.

Kerja-kerja penutupan permukaan tanah yang runtuh akan dilaksanakan secara gotong-royong oleh komuniti di situ.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku di kawasan Rumah Ngindang, Nanga Delok Ulu, Lubok Antu pada awal pagi 14 April 2021. – EDISI UKAS

Share
0