Masalah Tekanan Air Rendah Di Pusat Kuarantin Sungai Bakong Bintangor Diatasi

SABTU, 17 APRIL 2021

BINTANGOR: Masalah tekanan air rendah di Pusat Kuarantin Sungai Bakong Bintangor mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Prihatin dengan isu berkenaan, Datuk Ding mengambil tindakan segera membeli sebuah tangki air dengan kapasiti air 6400 liter untuk meningkatkan tekanan air di pusat kuarantin itu.

“Saya harap dengan pemasangan tangki air ini, masalah tekanan air rendah ini dapat diatasi,” katanya kepada UKAS semasa melawat tapak pemasangan tangki air di Pusat Kuarantin Sungai Bakong Bintangor pada Sabtu.

Dalam pada itu, belia berharap mereka yang dikuarantin bersabar kerana usaha untuk meningkatkan tekanan air sedang diusahakan melalui kerjasama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Bahagian Sarikei.

Katanya, kerja-kerja pemasangan tangki air akan disegerakan dan berharap dengan siapnya pemasangan tangki air tersebut membolehkan mereka yang sedang menjalani kuarantin mendapat bekalan air harian mencukupi selama tempoh 14 hari.

Datuk Ding juga berterima kasih kepada Pengarah Hospital Besar Sarikei, Dr Tey Siew Chang kerana turut turun padang membuat lawatan selepas menerima aduan mengenai kekotoran di tandas pusat kuarantin berkenaan. – EDISI UKAS

Share

add comment